• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Capaian Sistem e-Pharmacist Bermasalah Ditutup Sementara – KKM

oleh Mohd Arshad
22/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Capaian Sistem e-Pharmacist Bermasalah Ditutup Sementara – KKM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan menutup sementara capaian kepada sistem e-Pharmacist bagi memberi ruang kepada pasukan teknikal teknologi komunikasi maklumat (ICT) kementeriannya menilai dan menangani masalah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

KKM menerusi satu kenyataan memaklumkan, insiden gangguan pada capaian sistem tersebut dikesan selepas menerima aduan daripada calon yang memohon.

“Sistem e-Pharmacist digunakan untuk membuat pemilihan penempatan latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 yang mula dibuka pada 19 Januari lalu.

“Sehubungan masalah pada capaian tersebut, KKM mengarahkan tindakan segera diambil bagi mengenal pasti isu gangguan teknikal ini,” katanya hari ini.

KKM berkata, antara isu yang dikenal pasti adalah calon tidak dapat mengakses ke sistem pada waktu yang ditetapkan mengakibatkan individu tersebut lewat serta tidak dapat memilih penempatan latihan siswazah lebih awal.

Jelasnya, capaian ke sistem juga perlahan (lagging) mengakibatkan calon terpaksa menunggu lama untuk melengkapkan proses penempatan selain terdapat isu calon yang berjaya memilih penempatan di suatu fasiliti melebihi had slot latihan siswazah yang ditetapkan.

“KKM difahamkan, ketika ini terdapat seramai 627 calon ditawarkan pelantikan dan perlu memilih penempatan latihan siswazah pada sesi kali ini,” katanya.

Sehubungan itu, KKM membuat keputusan untuk menutup sementara capaian ke sistem berkenaan bagi menangani situasi itu secara berhemah dan berlaku adil kepada semua calon yang memohon.

“KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist pada tarikh baharu iaitu 30 Januari ini (Isnin) pada pukul 12 tengah hari sehingga 1 Februari (Rabu), manakala tarikh melapor diri bagi mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) masih dikekalkan pada 13 Februari depan.

“KKM menyeru agar semua calon yang terlibat dapat bersabar dan mengakses semula sistem ini pada tarikh yang ditetapkan,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan ke atas capaian tersebut mendapati terdapat memo yang dipaparkan memaklumkan bahawa semua calon yang memilih penempatan dan berjaya menjana surat tawaran dan perjanjian kontrak sebelum ini adalah terbatal dan perlu membuat permohonan semula pada tarikh baharu yang telah ditetapkan.

-Utusan Online

Tags: KKMSistem e-Pharmacist
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd