Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

A&J Burger Atur Langkah...

KUALA LUMPUR - Bagi peminat burger, jenama A&J Burger mungkin asing dan tidak...

Hubungan Malaysia-Indonesia Tetap Akrab...

JAKARTA - Hubungan Malaysia dan Indonesia tetap akrab walaupun pemimpin silih berganti, kata...

Sultan Selangor Berkenan Berbuka...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama...

KDN Ambil Tindakan Ajaran...

PUTRAJAYA - Tindakan akan diambil terhadap individu dan pengikut ajaran yang mendakwa kononnya...

Bekas Pengurus Felcra Berdepan 33 Pertuduhan Salah Guna Kuasa

Johor Bahru : Bekas pengurus Felcra Berhad didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru di sini, hari ini atas 33 pertuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan projek itu untuk syarikat saudaranya dua tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Azman Tassrip, 62, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menggunakan jawatan dan kedudukan sebagai Pengurus Kawasan Felcra Berhad Tebing Tinggi mendapatkan suapan kepada saudaranya dengan melantik syarikat miliknya sebagai kontraktor dengan nilai keseluruhan RM55,650.80.

Perbuatan itu dilakukan untuk melaksanakan kerja-kerja membina set perabot kayu di pejabat Felcra berkenaan dengan bayaran RM2,000 pada 18 Mac 2021.

Lelaki itu juga dituduh memberikan syarikat kontraktor milik saudaranya untuk membekalkan culvert dan merata jalan pertanian di pejabat Felcra itu dengan bayaran RM7,000 pada 18 dan 21 Mac 2021.

Azman turut didakwa mendapatkan suapan kepada syarikat kontraktor yang mana saudaranya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu membekalkan culvert dan menggali parit di pejabat Felcra itu berjumlah RM15,470 antara 5 Mei hingga 7 Julai 2021.

Lelaki itu juga didakwa menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk mendapatkan suapan kepada syarikat milik saudaranya melaksanakan kerja membuat dan memasang ‘bomb gate’ di jalan masuk Paya Lebar dengan bayaran RM5,400 pada 28 April lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh juga dituduh melantik syarikat kontraktor milik saudaranya bagi melakukan kerja memotong dan meratakan tanah untuk tapak rumah di pejabat Felcra dengan bayaran RM14,000 pada 18 dan 21 Mac 2021.


Tertuduh juga didakwa menggunakan kedudukannya melantik syarikat kontraktor yang mana saudaranya mempunyai kepentingan bagi melaksanakan kerja melubang anak kelapa sawit di pejabat Felcra itu dengan bayaran RM6,890.80 antara 7 Februari hingga 14 Jun 2021.

Lelaki itu juga didakwa mendapatkan suapan bagi saudaranya untuk melakukan kerja membekal dan memasang pintu pagar besi dengan bayaran RM3,000 pada 17 Jun lalu.

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Zander Lim Wei Keong manakala tertuduh diwakili peguam, Syahrul Syazwan Salehin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Hakim menetapkan 20 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori