• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Kurangkan Kos Insurans Umrah Bagi Warga Asing

oleh Mohd Arshad
17/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Arab Saudi Kurangkan Kos Insurans Umrah Bagi Warga Asing
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH : Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kos insurans komprehensif untuk menunaikan umrah bagi warga asing dikurangkan daripada SR235 (RM270.72) kepada SR87 (RM100.22) iaitu sebanyak 63 peratus, bermula Selasa lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Polisi insurans untuk umrah adalah polisi bersatu yang dilindungi oleh mereka yang datang untuk menunaikan ibadah umrah dari luar Arab Saudi.

Ia termasuk dalam prosedur visa sebelum tiba meliputi kes kecemasan seperti rawatan, kemasukan ke hospital, kehamilan, kelahiran kecemasan, kes pergigian kecemasan, cedera kemalangan jalan raya, kes dialisis serta pemindahan perubatan dalaman dan luaran.

Polisi itu turut meliputi kes-kes umum seperti hilang upaya kekal secara tidak sengaja, kes kematian dan kematian akibat bencana alam, memulangkan mayat si mati ke negaranya serta pampasan akibat pembunuhan yang dikeluarkan oleh keputusan mahkamah.

Selain itu, perlindungan untuk pampasan kelewatan dan pembatalan penerbangan.

Kementerian berkata, tempoh perlindungan insurans adalah 90 hari, bermula dari hari memasuki dan skop perlindungannya hanya di dalam Arab Saudi.

Jemaah umrah boleh melayari laman web ‘Comprehensive Insurance Program for the Guests of Rahman’ untuk melihat polisi insurans umrah, mengesahkan kesahihannya dan mengetahui penyedia perkhidmatan berkenaan.

-Berita Harian

Tags: Arab SaudiKos Insurans Umrahumrahwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Turunkan Kadar Tambang ‘Rider’ Keputusan Grab – Menteri

Next Post

UMNO: Bila Muhyiddin Mahu Jumpa SPRM?

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post
UMNO: Bila Muhyiddin Mahu Jumpa SPRM?

UMNO: Bila Muhyiddin Mahu Jumpa SPRM?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd