• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Juta Kenderaan Dijangka Guna PLUS Semasa Cuti Tahun Baharu Cina

oleh Mohd Arshad
14/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Juta Kenderaan Dijangka Guna PLUS Semasa Cuti Tahun Baharu Cina
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sempena cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding jumlah trafik pada hari biasa itu.

Jelas beliau, PLUS komited membantu dan memastikan pengguna mengalami perjalanan yang selamat sepanjang menggunakan lebuh raya tersebut sepanjang cuti perayaan itu.

“Kami menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami pada hari-hari puncak (hari-hari yang dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi) iaitu pada 20, 21 dan 24 Januari.

“Oleh itu bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS membuat persediaan awal dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa ketika berada di rangkaian lebuh raya kami,” katanya menerusi satu kenyataan.

Zakaria berkata, strategi itu merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, keselesaan pengguna, pengurusan lalu lintas di plaza tol, hebahan maklumat trafik serta sebagainya.

“Fokus kami pada perayaan ini adalah aspek keselamatan di lebuh raya di mana pelbagai strategi dikenal pasti dan akan dilaksanakan.

“Pada masa yang sama, kami memohon kerjasama pengguna motosikal dan pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati serta mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya sepanjang musim perayaan yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengambil kira penunggang motosikal yang menyumbang kepada kira-kira 64 peratus daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di lebuh raya PLUS pada tahun lalu.

“Kemalangan-kemalangan yang membabitkan kenderaan berat pula sering menyebabkan kesesakan yang teruk memandangkan ia memerlukan tempoh yang agak panjang untuk dialihkan dan diselesaikan serta memerlukan kehadiran dan bantuan jentera-jentera berat seperti kren dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, PLUS bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta advokasi di lebuh raya sepanjang musim perayaan tersebut.

-Utusan Online

Tags: Cuti Tahun Baharu CinaPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd