Sample Page Title

KOTA KINABALU: Dua ADUN Pakatan Harapan (PH) hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Kabinet Sabah yang diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Selain dua wakil rakyat PH iaitu Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP), turut dilantik sebagai anggota Kabinet baharu ialah wakil rakyat BN, James Ratib.

Liew yang juga ADUN Api-Api merangkap Pengerusi PH Sabah memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah manakala Jin Zhe yang juga ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Bung Moktar disingkirkan sebagai Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kerja Raya

Upacara pelantikan Kabinet baharu Sabah hari ini turut menyaksikan pelantikan ADUN Tanjung Keramat dari UMNO, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III (TKM) Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu.

Beliau yang sebelum ini adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat menggantikan ADUN Lamag yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Turut diumumkan Hajiji ialah pelantikan Presiden STAR Jeffrey Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri I menggantikan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar.


Sementara itu Hajiji dalam kenyataan berkata, rombakan Kabinet adalah sesuatu yang perlu dan bertujuan mengukuhkan kerajaan negeri sekarang. Untuk itu, negeri memerlukan satu pasukan yang kuat.

“Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inklusif, saya telah memasukkan ADUN dari Pakatan Harapan (PH) ke dalam Kabinet, sebagai tambahan di samping wakil dari UMNO/BN dan GRS.

“Adalah penting bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi yang sama yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan Negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang punya iltizam yang sehaluan dan menghargai setiap keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan seperti yang diharapkan oleh rakyat. Kestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini.

“Bersama satu pasukan yang kukuh, kami akan memastikan pelaburan dinamik kerajaan negeri dapat dikekalkan, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur di samping dapat menarik lebih ramai lagi untuk datang melabur ke Sabah.

“Kita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,” katanya dalam kenyataan itu.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...