• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Anggota, Pegawai Polis Disyaki Terbabit Kumpulan Kongsi Gelap

oleh AK-47
23/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
14 Anggota, Pegawai Polis Disyaki Terbabit Kumpulan Kongsi Gelap
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sekurang-kurangnya 14 anggota dan pegawai kanan yang bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan peringkat kontinjen dari pantai timur, Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut sumber, pegawai dan anggota pelbagai pangkat membabitkan konstabel, koperal, lans koperal, sarjan dan Inspektor itu antara 21 individu termasuk orang awam berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan.

“Mereka ditahan selepas disyaki terbabit dengan kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Selendang.

“Semua yang ditahan termasuk tujuh lelaki lain membabitkan orang awam itu kini turut direman bagi membantu siasatan mengikut akta pertubuhan 1966,” katanya.

Sumber memberitahu, kes berkenaan kini disiasat bahagian siasatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang mula mengawai pergerakan ahli pertubuhan haram berkenaan sejak 2021.

“Reman terhadap mereka sudah dipohon di mahkamah dan kita sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui aktiviti kumpulan itu dengan lebih lanjut.

“Beberapa barangan turut dirampas dalam operasi itu membabitkan pelbagai barangan dan peralatan yang sering digunakan dalam upacara mengangkat sumpah,” katanya.

Difahamkan, antara peralata berkenaan ialah beberapa kenderaan, telefon bimbit, pedang, ekor ikan pari, senjata tajam, al-Quran, sejadah, songkok, baju, kain kapan serta nombor plat berlogo pertubuhan.

Kata sumber, selain itu, beberapa pslekat serta borang keahlian kumpulan itu turut dirampas selain beberapa sijil.

Harian Metro difahamkan, selain D7, operasi turut dijalan Bahagian Risikan Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standart (JIPS) Bukit Aman yang memantau rapat pembabitan anggota dan pegawai mereka dengan kumpulan pertubuhan itu.

Difahamkan, reman terhadap semua yang ditahan dibuat secare berperingkat dan ia bergantung kepada tahap siasatan kes itu.

“Apa yang pasti penahan semua anggota dan pegawai berkenaan membuktikan ketelusan dan ketegasan PDRM yang diketuai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menjaga dan memulihara imej dan intergiti pasukan berkenaan.

“Ia juga membuktikan pasukan terbabiit tidak pernah memilih ‘bulu’ dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menguatkuasakannya terhadap orang awam dan pasukan sendiri tanpa mengira pangkat,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kongsi Gelappolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Patah Kaki, Tiga Sekeluarga Dihempap Pokok Di Zoo Melaka

Next Post

Bersihkan ‘Microwave’ Guna Mop Lantai, Netizen Kembang Tekak

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post
Bersihkan ‘Microwave’ Guna Mop Lantai, Netizen Kembang Tekak

Bersihkan ‘Microwave’ Guna Mop Lantai, Netizen Kembang Tekak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd