Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Seorang tekong darat dan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Hadi Awang Dibenar Keluar...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke...

Keluar Daripada Zon Selesa...

HULU TERENGGANU - Semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian hingga ke akar umbi...

Hutan Di Malaysia ‘Diratah’...

AKTIVITI 'pembersihan' hutan di Malaysia mencatatkan angka tertinggi di dunia di antara tahun...

Tong Berisi Asid Hidroklorik Bocor Di Kilang

SEREMBAN : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis asid hidroklorik di sebuah kilang di Jalan Tanjung Bunga, Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini, tengah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Idris, berkata kejadian berkenaan dikesan anggota BBP Senawang dengan dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) daripada BBP Seremban 2.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu pada jam 12.40 tengah malam sebelum bergegas ke lokasi insiden.

“Setiba di lokasi, pegawai operasi mendapati sebuah tong berisi 1,000 liter bahan kimia asid hidroklorik telah mengalami kebocoran sebanyak 250 liter.


“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya, di sini, hari ini.

Susulan itu, Mohamad berkata, pihaknya bersama pasukan HAZMAT telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi dan setakat ini, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori