• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Senarai 10 Sumbangan Kepada Bola Sepak Negara

oleh Mohd Arshad
28/12/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
1
TMJ Senarai 10 Sumbangan Kepada Bola Sepak Negara
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana pihak atau individu memberinya satu nama yang sudah memberi sumbangan yang lebih daripadanya kepada skuad bola sepak kebangsaan dan arena bola sepak tanah air.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Cabaran itu disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Instagram milik beliau hari ini selepas ramai mempersoalkan sumbangan beliau dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air.

Malah, masih banyak pihak mempersoalkan tindakan beliau mempertahankan keputusan 14 pemain JDT yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menyertai saingan Piala AFF.

Sehubungan itu, Tunku Ismail menyenaraikan 10 sumbangan beliau dan JDT kepada bola sepak negara:

1. JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking – lebih slot kepada pasukan-pasukan Liga Super ke peringkat Asia.

2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA – kedudukan 154 ke 146.

3. JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.

4. Menaja RM1.4 juta – menanam rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bermula Mac 2023.

5. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan-perlawanan penting pasukan kebangsaan.

6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.

7. Merombak dan mengecilkan saiz pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.

8. Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta ke RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri untuk menyelesaikan kes saman FAM itu.

9. Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melupuskan hutang-hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi FAM.

10. Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol untuk perkongsian profesional.

“Sekarang saya cabar, challenge mana-mana pihak atau individu untuk memberi satu nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Termasuk pemimpin kelab-kelab anda,” tulisnya.

-Berita Harian

Tags: Bola Sepak NegarasumbanganTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Pertikai MFL Kurangkan Hukuman Selangor FC

TMJ Lancar Stablecoin Disokong Ringgit, Jejak Langkah Baharu Dalam Ekonomi Digital Negara

10/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Dalam satu langkah bersejarah yang diyakini mampu melonjakkan inovasi kewangan negara, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd