• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tedung Selar Bawah Sofa

oleh AK-47
31/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tedung Selar Bawah Sofa
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Pilah : Seorang lelaki tidak menyangka kelibat ekor ular yang dilihat di bawah sofa di rumahnya di Kuarters JPS, Ulu Bendul, di sini, tengah hari semalam, adalah ular tedung selar seberat kira-kira tujuh kilogram (kg).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pemilik rumah yang sedang berehat di ruang tamu bernasib baik kerana ternampak pergerakan reptilia yang lebih dikenali sebagai ‘King Cobra’ berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan operasi khas haiwan berbisa jam 12.20 tengah hari.

“Seramai empat anggota APM dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah ke lokasi iaitu rumah di Kuarters JPS bagi kes menangkap ular.

“Lelaki berusia 40 tahun itu menyedari kehadiran ular itu ketika sedang menonton televisyen lalu ternampak pergerakan ekor ular menyusuri ke bawah sofa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Ghazali berkata, anggota segera memulakan operasi menangkap ular dengan menggunakan penjerut ular.

“Operasi berjaya menangkap seekor ular tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra sepanjang kira-kira lima meter,” katanya.

Beliau berkata, reptilia yang mempunyai bisa tahap tinggi itu dibawa ke PKOD Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman bahaya atau bencana dan diminta untuk segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Tedung Selar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis, JPJ Periksa 300 Motosikal Masuk Langkawi

Next Post

Intifada Mungkin Berlaku Selepas Netanyahu Jadi PM

Related Posts

Datuk 70 Tahun Dituduh Buat Amang Seksual Fizikal Cucu Perempuan

Tedung Selar Empat Meter Dalam Bilik Tidur Warga Emas

27/12/2023
0

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar sedang mengembangkan kepala adalah satu kenyataan apabila...

Next Post
Intifada Mungkin Berlaku Selepas Netanyahu Jadi PM

Intifada Mungkin Berlaku Selepas Netanyahu Jadi PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd