• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh Di Batang Kali: Mangsa Ke-26 Ditemui

oleh AK-47
21/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tanah Runtuh Di Batang Kali: Mangsa Ke-26 Ditemui
Share on FacebookShare on Twitter

Mayat seorang lelaki dewasa ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 26 orang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata mayat lelaki itu ditemui sekitar 11.16 pagi hari ini dan sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada jam 11.56 pagi tadi.

Pasukan SAR kini sedang giat diteruskan bagi mencari baki tujuh lagi mangsa yang hilang.

Bencana runtuhan cerun di tapak perkhemahan itu bermula pada 2.42 pagi Jumaat lalu.

Ia setakat ini menyaksikan 61 mangsa berjaya diselamatkan, 26 nyawa terkorban dan tujuh lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.

Perincian mangsa meninggal dunia ialah 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa serta tiga kanak-kanak perempuan.

Semalam pasukan SAR menemukan mayat seorang kanak-kanak perempuan pada 11.15 malam sebelum operasi ditangguhkan pada 12 tengah malam.

Kanak-kanak itu dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu.

Penemuan mangsa yang juga mayat ke-26 hari ini adalah juga di tempat sama mayat kanak-kanak itu ditemui.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan pasukan SAR akan membuat penggalian lebih dalam bagi mencari mangsa di kawasan kejadian.

Ini selepas mengambil kira penemuan mangsa ke-25 semalam yang dijumpai pada kedalaman ‘luar jangkaan’ iaitu kira-kira 17 meter di sektor C (Riverside).

-Malaysia Kini

Tags: Mangsatanah runtuhTragedi Batang Kali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Diberi Kepada Kerajaan Sabah

Next Post

Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan – Anwar

Related Posts

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Next Post
Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan – Anwar

Majlis Pemulihan Negara Dibatalkan – Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd