• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Akan Agihkan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid

oleh Mohd Arshad
22/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Sekolah Akan Agihkan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid yang diumumkan kerajaan, Selasa lalu, akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah terlebih dahulu sebelum diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peruntukan BAP itu akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan sekolah diminta mengagihkan bantuan itu kepada murid secepat mungkin sejurus menerima peruntukan berkenaan.

Katanya, tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

“KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala penjelasan lanjut berkaitan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM,” kata KPM menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Dalam pada itu, menjawab soalan murid mana yang layak menerima BAP 2023, KPM memaklumkan, bantuan berkenaan akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria seperti warganegara Malaysia dan murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.

Kriteria lain adalah mereka pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.

-Berita Harian

Tags: Bantuan Awal PersekolahanmuridSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU - Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd