Sample Page Title

KULIM : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak menyangka akan dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam barisan Kabinet baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, beliau sebenarnya menjangkakan dipilih oleh Perdana Menteri untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

“Sebelum ini saya terlibat dalam banyak hal pertahanan dan saya mengagak (dapat) KDN tetapi pergi ke ‘food security’. Bagaimanapun, kita dalam satu pasukan yang mana sebarang kekurangan akan dibincang secara bersama,” katanya di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri Ceramah Pengumuman Khas Pakatan Harapan (PH) Padang Serai yang turut disertai Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kata beliau, bidang pertanian dan keterjaminan makanan adalah baharu baginya dan perlu mendengar taklimat dahulu sebelum mengeluarkan sebarang arahan semasa.

“Ia merupakan satu benda baharu kepada saya dan saya akan dengar dahulu taklimat daripada pegawai-pegawai daripada kementerian tentang setakat mana persediaan,” ujarnya.

Berhubung pelantikan menteri secara keseluruhannya, Mohamad berkata, barisan menteri perlu bekerja lebih kuat susulan pengecilan jumlah menteri.


“Kita terpaksa memikul kerja yang lebih besar dan berat kerana menteri lebih kecil sekarang dan dia (Perdana Menteri) mahu hasil yang lebih baik lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas sama ada berpuas hati dengan jumlah wakil Amanah dalam Kabinet, kata beliau, masih terdapat pelantikan lain pada masa akan datang.

“Ini baru di peringkat menteri, selepas itu ada lagi timbalan-timbalan selain pelantikan lain. Ini baru di peringkat awal. Perbincangan akan berterusan untuk memenuhi pelantikan yang saya yakin bila berlaku perubahan kerajaan, banyak tindakan akan dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berharap nilai ringgit terus mengukuh sekali gus dapat mengurangkan kos import bahan makanan susulan trend pengukuhan ringgit yang dapat dilihat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Dengan pertukaran kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri, keyakinan mula berlaku sehingga mata wang kita naik begitu mendadak dan kita harap ia dapat bertahan dan berubah lebih baik pada masa akan datang.

“Nilai import kita akan lebih murah jika mata wang kita semakin kukuh, itulah harapan kita dan kenaikan ini memang satu perkara yang menakjubkan dalam masa 10 hari selepas pilihan raya,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...