• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Kumpulan Wang Disatukan Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama

oleh AK-47
19/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
RUU Kumpulan Wang Disatukan Dibentang Bagi Bacaan Kali Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rang undang-undang berkenaan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Anwar berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin, rang undang-undang itu adalah bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Dis 2023.

Sidang Dewan Rakyat itu diadakan antaranya bagi membentang dan meluluskan peruntukan khas atau bajet mini bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam mulai Januari.

Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt lepas oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion tetapi tidak sempat diluluskan kerana Parlimen dibubarkan tiga hari selepas itu bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

-Malaysia Kini

Tags: Bacaan Kali PertamaRUU Kumpulan Wang Disatukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd