• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Tetap Akan Usaha Runding Dapatkan Air Dari Perak

oleh Mohd Arshad
02/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pulau Pinang Tetap Akan Usaha Runding Dapatkan Air Dari Perak
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan tetap meneruskan rundingan dengan kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Perak dan agensi berkaitan berhubung Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) walaupun Perak enggan membekalkan air untuk kegunaan Pulau Pinang pada masa ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana laporan yang diterima daripada perunding Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi penelitian keadaan air di Perak Utara dan Pulau Pinang pada September lalu mendapati air dari Sungai Perak mencukupi untuk kegunaan Perak Utara dan Pulau Pinang.

“Kita akan teruskan usaha ini (rundingan) dengan Kerajaan Pusat, kementerian berkaitan dan Kerajaan Negeri Perak berhubung projek kritikal ini.

“Saya sudah teliti rumusan eksekutif daripada laporan perunding KASA yang memutuskan bekalan air (Sungai Perak) adalah mencukupi.

“Malah dalam laporan itu juga, ada pilihan diberikan untuk pelaksanaan projek ini dan kos bagi setiap pilihan serta komponan projek, rata-rata kos projek ini adalah RM4 bilion hingga RM5 billon yang perlu dipertanggungjawab oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terlibat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan penyimpanan mayat kaum India di Padang Tembak, Air Itam, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, Kerajaan Negeri Perak tetap dengan keputusan tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah membentuk kerajaan campuran di peringkat Pusat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Projek SPRWTS kepada kerajaan Pulau Pinang tidak akan dilaksanakan kerana kapasiti yang ada hanya cukup untuk negeri itu.

Menurut Kon Yeow, pada 2009, Pulau Pinang melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah melakukan kajian mengenai bekalan air dari Sungai Perak yang mana hasil dapatan kajian itu sama dengan laporan yang dikeluarkan perunding KASA.

“Laporan terbaharu daripada KASA telah mengesahkan memang bekalan air dari Sungai Perak mencukupi untuk menampung bekalan air untuk Perak Utara dan Pulau Pinang.

“Jika projek ini tidak ada, beratus juta liter air dari Sungai Perak akan terus memasuki laut, inilah hakikatnya,” katanya.

Tambah beliau, sebarang rundingan atau keputusan lanjut mengenai projek SPRWTS mesti berpandukan hasil laporan perunding KASA berkaitan bekalan air dari Sungai Perak itu.

“Kita hormati pandangan Menteri Besar Perak, namun isu ini penting kerana membabitkan peranan Pulau Pinang sebagai hab ekonomi untuk kawasan Utara.

“Sekiranya projek ini tidak dilaksanakan, Pulau Pinang akan berdepan dengan masalah bekalan air yang meruncing pada masa depan terutama menjelang 2050,” katanya.

-Utusan Online

Tags: airPerakPulau Pinangrunding
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd