• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan 58 Bookie Judi Piala Dunia Qatar 2022

oleh Mohd Arshad
20/12/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Tumpaskan 58 Bookie Judi Piala Dunia Qatar 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru: Polis menahan 58 ejen atau bookie perjudian Piala Dunia Qatar 2022 dalam operasi khas Op Soga IX yang diadakan antara 21 November lalu hingga kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penahanan yang dilakukan dalam 57 serbuan di seluruh negeri ini membabitkan semua warga tempatan berusia 18 tahun hingga 70 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam operasi itu, hasil pertaruhan dikesan membabitkan had kredit lebih RM10 juta.

“Fokus utama Op Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan catit taruh sempena Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.

“Kita menahan seramai 58 orang yang bertindak sebagai ejen atau bookie pertaruhan dengan had kredit keseluruhan mencecah RM10,104,998,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam operasi itu juga pihaknya merampas wang tunai RM35,710 serta SG$500 (RM1,635), dua set komputer dan 59 telefon bimbit pelbagai jenama berserta kad sim selain sebuah memo pad yang mempunyai catitan disyaki digunakan untuk pertaruhan itu.

Katanya, sebanyak 13 laman sesawang perjudian juga dikenal pasti dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Semua tangkapan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(d), Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953,” katanya.

Untuk rekod, bermula 1 Januari lalu hingga kelmarin, Polis Johor melakukan 2,266 serbuan membabitkan 2,930 tangkapan berkaitan aktiviti perjudian.

Dalam tempoh sama, sebanyak RM867,177 wang tunai dan 1,211 unit telefon bimbit pelbagai model dirampas.

BHonline-

Tags: BookiePiala Dunia Qatar 2022polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd