• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan SKSSR Perkeso Dibuka

oleh AK-47
01/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Permohonan SKSSR Perkeso Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Permohonan menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mula dibuka hari ini bagi menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berdepan bencana pekerjaan dan keilatan ketika menguruskan rutin rumah tangga.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Inisiatif dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia menerusi agensinya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu adalah pengiktirafan kepada suri rumah dalam ‘Care Economy’ dan pembangunan institusi keluarga.

Pelaksanaan SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) ini menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus buat golongan wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pencarum ialah suri rumah warga Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur kurang daripada 55 tahun manakala tiada had umur minimum untuk mencarum.

Katanya, skop suri rumah di bawah Akta 838 adalah luas kerana ia terbuka kepada wanita sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak.

“Ia merangkumi isteri, janda atau balu, ibu tunggal dan wanita bujang yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa.

“Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman sebanyak RM120 setahun secara ‘in advance’ bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah.

“Caruman ini adalah secara sukarela namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing.

“Malah mana-mana pihak ketiga juga termasuk ahli keluarga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh membayar caruman untuk suri rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SKSSR menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan untuk suri rumah yang mencarum.

Manfaat di bawah Perlindungan Bencana Domestik adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis, Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.

Perlindungan Keilatan pula menyediakan faedah seperti Elaun Keuzuran, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis, Faedah Pengurusan Mayat dan Pencen Penakat.

Di bawah SKSSR, aktiviti pengurusan rumah tangga tidak terikat dengan rutin seharian dalam rumah, namun ia merangkumi hal lain berkaitan urusan rumah tangga seperti menjaga anak-anak atau ibu dan bapa warga emas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah, membawa ibu bapa ke temu janji doktor, membeli barang keperluan di pasar atau pasar raya dan sebagainya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso di 1-300-22-8000.

-Harian Metro

Tags: PerkesopermohonanSKSSR Perkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd