Sample Page Title

AMSTERDAM – Pendakwa Raya Belanda enggan memfailkan rayuan terhadap keputusan perbicaraan berhubung kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah Belanda membebaskan seorang lelaki Russia dalam kes itu dan tiga suspek lain disabitkan bersalah.

“Rayuan akan menjadi beban besar bagi waris kerana mereka kemudiannya akan terus tidak yakin dengan keputusan kes jenayah itu,” kata perkhidmatan pendakwaan.

Suspek warga Russia, Oleg Pulatov didapati tidak bersalah oleh mahkamah Belanda pada 17 November lalu.

Rakyat Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup walaupun tidak hadir semasa perbicaraan mahkamah. Ketiga-tiga mereka adalah buruan polis dan dipercayai berada di Russia.

Mereka telah membantu penghantaran peluru berpandu BUK milik Russia ke Ukraine yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu. Bagaimanapun, tertuduh tidak menarik picu peluru berpandu secara fizikal.


Pesawat yang membawa 298 orang itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia yang dilepaskan oleh kumpulan pemisah yang disokong Moscow di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Pesawat Malaysia itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penumpang MH17 berasal dari 10 negara termasuk 196 warga Belanda, 43 rakyat Malaysia dan 38 warganegara Australia.

Perkhidmatan pendakwaan berkata, keputusan mahkamah memberikan keluarga ‘kepastian mengenai beberapa perkara penting’ termasuk peranan Russia dalam tragedi itu. Mereka kini boleh menggunakan keputusan itu dalam kes sivil yang berasingan, katanya.

Ketiga-tiga lelaki yang disabitkan bersalah itu belum membuat rayuan dalam tempoh 14 hari, oleh itu sabitan terhadap mereka ‘tidak boleh ditarik balik’, tambah perkhidmatan pendakwaan.

Hakim berkata, walaupun mereka bukan orang yang secara fizikal menarik picu, mereka bersalah membunuh dan menjatuhkan pesawat kerana bertanggungjawab membawa peluru berpandu itu ke Ukraine.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...