Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Azmin Rai Ulang Tahun...

KUALA LUMPUR - Ketika pelbagai spekulasi kedengaran mengenai kedudukan politik Datuk Seri Mohamed...

Cuma 4 Daripada 12...

SHAH ALAM - Hanya empat  pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah...

PANAS! Gambar Intim Didakwa...

Kami pasti ada yang tersedak kopi ketika enak memulakan hari minggu kali ini...

Pemimpin Berdepan Siasatan Harus...

KEMUSYKILAN ramai berhubung proses penyiasatan polis yang sekarang ini beralih kepada penyebaran video...

Pemberian Tuala Wanita Percuma Dimulakan

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, buat permulaan, inisiatif berkenaan akan dimulakan di Pejabat Menteri Kesihatan terlebih dahulu sebelum ia diperluaskan ke peringkat lain.

Beliau berkata, sudah tiba masanya perihal kemiskinan haid (period poverty) dibawa ke peringkat lebih tegas dan berbentuk polisi.

“Saya sebagai Menteri Kesihatan wanita yang pertama, elok kita lakukan di KKM sendiri dan saya mulakan pemberian tuala wanita percuma di tandas di Pejabat Menteri dahulu.

“Kita mulakan di Pejabat Menteri Kesihatan dan selepas itu kita harap ia dapat diperluaskan ke seluruh agensi di bawah KKM dan seluruh kementerian.

“Selama ini, program pemberian tuala wanita percuma ini dilaksanakan secara kecil-kecilan.

“Selepas itu, ia mungkin akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi yang melihat khusus tentang isu kemiskinan haid ini,” katanya ketika ditemui selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM, di sini hari ini.


Katanya, sebelum ini, beliau bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggerakkan insiatif berkenaan.

Ditanya sama ada inisiatif itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023, Dr. Zaliha berkata, ia boleh dilakukan sekali gus meningkatkan keupayaan inisiatif berkenaan dan menjadi permulaan kepada agenda di peringkat nasional.

Ditanya sama ada KKM juga akan melaksanakan pendidikan berkaitan haid, Dr Zaliha berkata, usaha sedemikian perlu melihat kerjasama antara agensi.

“Selepas itu, kita akan lihat perincian termasuk perkara mengenai kesedaran berkenaan haid,” katanya.

Sebelum ini, beberapa negara luar turut melaksanakan program tersebut antaranya Korea Selatan yang menawarkan tuala wanita percuma sejak 2018 di seluruh tempat awam diikuti Scotland pada 2020.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori