• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muafakat Nasional Buka Permohonan Ahli Baharu

oleh AK-47
11/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Muafakat Nasional Buka Permohonan Ahli Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli baharu mula dibuka sejak Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dikongsikan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Facebooknya.

Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal melalui laman web rasmi MN di https://muafakatnasional.org.my.

“Permohonan keahlian Muafakat Nasional dibuka lebih awal.

“Sepatutnya minggu hadapan. Namun atas permohonan ramai kita awalkan permohonan secara dalam talian,” ujarnya

Bekas Pegawai Khas Annuar, Fariz Hadi memaklumkan, permohonan sebagai ahli baharu MN mendapat sambutan memberangsangkan.

“Alhamdulillah tak sampai satu jam 1,000 permohonan telah diterima,” ujar beliau.

Sebelum itu, MN merupakan parti kerjasama antara UMNO dan Pas, yang dibentuk pada 2019, iaitu setahun selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada PRU14.

Pada 25 November lalu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu memutuskan untuk mengaktifkan kembali MN, sebuah pertubuhan bawah kerajaan (NGO) yang diasaskannya.

Katanya, MN akan diaktifkan untuk memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik serta menekankan bahawa NGO itu akan berpaksikan pada Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

Pada Jumaat, UMNO mengesahkan Annuar dipecat dan digugurkan dari parti secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Ini susulan kritikan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selain didakwa membantu kempen parti musuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-Sinar Harian

Tags: muafakat nasionalPermohonan Ahli Baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Penyatuan Melayu Islam Tidak Semestinya Guna Nama Muafakat Nasional”

“Penyatuan Melayu Islam Tidak Semestinya Guna Nama Muafakat Nasional”

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berpandangan penyatuan Melayu dan Islam tidak semestinya menggunakan nama...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd