• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun

oleh AK-47
17/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
2
MP Gesa K’jaan Pahang Semak Semula Semua Projek Sekitar Cerun
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang dijalankan di cerun bukit dan kawasan berisiko berlaku tanah runtuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semakan itu perlu dilakukan segera sebelum ada lagi kejadian tidak diingini berlaku, katanya, susulan tragedi tanah runtuh membabitkan kawasan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm yang terletak di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya awal pagi semalam.

“Saya menggesa kerajaan Pahang menyemak semula setiap projek yang dijalankan di kawasan cerun berbukit dan yang mempunyai risiko tanah runtuh di sekitar negeri Pahang dengan kadar segera.

“Ini adalah bagi mengelakkan tragedi tanah runtuh berlaku yang akan menyebabkan kemalangan jiwa.

“Langkah keselamatan perlu dititik berat dan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi ketika ini negara sedang mengalami musim tengkujuh,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Katanya lagi, setiap agensi dan jabatan berkaitan juga perlu membuat pemeriksaan di setiap tapak projek di kawasan cerun berbukit.

Setakat tengah hari ini, seramai 23 korban telah ditemui dengan pihak berkuasa masih dalam usaha mencari dan menyelamat 10 mangsa yang belum ditemui.

Tragedi yang menimpa semalam melibatkan 94 mangsa dengan 54 ditemui selamat dan tujuh lagi cedera.

Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengarahkan semua tapak perkhemahan di negeri itu ditutup.

Young Syefura yang juga ketua Pemuda PH Pahang turut menyeru pengusaha tempat percutian yang terletak di kawasan berisiko tanah runtuh agar peka dengan keadaan di seketar kawasan milik mereka.

“Saya mohon agar pengusaha bertanggungjawab dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat kesan rekahan dan pergerakan tanah di sekeliling tempat percutian milik mereka.

“Begitu juga kawasan berisiko yang lain seperti kawasan di tepi pantai dan tepi sungai, mereka (pengusaha) perlu peka dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata hingga sanggup mengambil risiko,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia berharap laluan Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya yang ketika ini ditutup untuk kegunaan orang awam, dapat dibaik pulih dan dibuka semula dalam masa terdekat.

Katanya, ia merupakan laluan utama digunakan penduduk dan mereka yang menetap di pekan Batang Kali, Selangor dan bekerja di Genting Highlands.

“Laluan alternatif dicadangkan untuk pengguna buat masa ini adalah terlalu jauh dan mengakibatkan pengguna yang bekerja di Genting terpaksa mengeluarkan kos tambahan.

“Mereka terpaksa melalui perjalanan lebih lama daripada biasa dan membayar tol untuk berulang-alik dari tempat tinggal ke tempat mereka bekerja,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: kerajaan pahangMPProjek Sekitar Cerun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MP Tegur Ketua Polis Buat Kesimpulan Awal Kes Tony Pua

MP Tegur Ketua Polis Buat Kesimpulan Awal Kes Tony Pua

05/02/2024
0

Ketua polis negara (IGP) tidak patut mengulas, apatah lagi membuat kesimpulan awal berkaitan siasatan terhadap bekas pemimpin DAP Tony Pua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd