• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie Pertama Dilantik Menteri Agama

oleh Mohd Arshad
03/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie Pertama Dilantik Menteri Agama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terdahulu beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie dan juga Ketua Pengarah JKSM pada 1 April 2019 itu bukanlah nama asing dalam kalangan pengamal undang-undang.

Beliau adalah lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mohd Na’im juga memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Malaya, serta pemegang Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan dari UIAM, dan Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam dari universiti sama.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Undang-undang di UIAM dari 1990 hingga 1997 sebelum menjadi Peguam Bela & Peguam Cara Malaya pada 1997 hingga 1998.

Mohd Na’im kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Petaling Jaya dari 1998 hingga 2001 sebelum menjadi Hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dari 2001 sehingga 2003.

Pada 2003, beliau dilantik sebagai Pegawai Penyelidik, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sehingga 2005, selain Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM pada 2003 sehingga 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Kanan Syarie di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan; Timbalan Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Pengarah, Bahagian Sokongan Keluarga di jabatan sama selama dua tahun bermula 2007.

Selain itu, beliau juga adalah peguam sivil di firma guaman Zulkifli, Yong, Azmi & Co pada 1988.

Mohd Na’im turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat bermula 1 Februari 2013 sehingga 31 Mei tahun sama.

Mohd Na’im juga Profesor Adjung di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2012 selain pernah menjawat jawatan selaku Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) sesi 2010-2012 serta menjadi panel perunding di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Beliau turut menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam pada 2015 dan Ahli Jawatan kuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) selain sebagai Penasihat Syariah CIMB Islamic Bank dan menjadi Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan bank asing serta Syarikat Takaful seperti CIMB Islamic Bank, Salihin Trustee Bhd dan American and British Investment Bank (Mauritius).

BHonline-

Tags: Datuk Dr Mohd Naim Mokhtarkabinetkerajaan perpaduanMenteri Agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

Himpunan Promosi LGBT Sempena Hari Wanita Sedunia Di Ibu Negara? 

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu perarakan didakwa mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berlangsung di ibu...

Syukur Jadi Rakyat Malaysia, Aman Harmoni – Menteri Agama 

Syukur Jadi Rakyat Malaysia, Aman Harmoni – Menteri Agama 

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diseru terus mempertahankan keamanan dan keharmonian negara walaupun dunia kini berdepan pelbagai ketidaktentuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd