Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

[RASMI] BN Tambah Kerusi...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) menambah satu lagi iaitu kerusi Dewan Undangan...

3 Beranak Didakwa Bunuh...

PETALING JAYA - Balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd.,...

‘Edit My Ex’ Khidmat...

BERGAMBAR kenangan bersama pasangan ketika melawat tempat menarik adalah saat yang paling indah...

4 Maut, 2 Parah...

EMPAT lelaki maut, manakala dua lagi parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan...

Mat Sabu: BN-PH Bergabung Untuk Lawan Fahaman Yang Boleh Rosakkan Negara

Presiden Amanah Mohamad Sabu mendakwa kebelakangan ini Malaysia dilanda dengan pemahaman yang kurang menyenangkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohamad merujuk tuduhan yang dilemparkan pemimpin PAS kepada parti kerajaan termasuk terhadap DAP yang didakwa komunis.

Kata Mohamad, tuduhan seperti itu merbahaya untuk jangka pendek dan panjang.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan (PH) bergabung tenaga dengan BN dan lain-lain, bagi menangkis fahaman yang boleh merosakkan Malaysia.

Bercakap buat kali pertama pada ceramah anjuran BN di Rompin, Pahang malam tadi, Mohamad berkata sesiapa sahaja boleh dikritik, namun ada batasannya.

“Kebelakangan ini Malaysia dilanda dengan fahaman-fahaman yang kurang menyenangkan.

“Saya boleh kriitk Umno. Saya boleh hentam BN. Saya boleh kritik DAP atau hentam DAP.

“Tapi hadirin ada perenggannya. Jangan sampai dulu berlaku ketika dahulu, sampai peringkat kafirkan Umno. Saya bimbang fahaman takfiri (mengkafirkan orang lain) itu muncul semula sekarang ini,” katanya.

Presiden Amanah itu berkata budaya takfiri kembali meningkat – dan memberi amaran bahawa ia boleh merosakkan Malaysia kerana ia telah merosakkan negara Islam lain seperti Somalia.

Untuk rekod, tiada kenyataan pemimpin PAS yang mengisytiharkan mana-mana seterunya sebagai kafir baru-baru ini.

Bagaimanapun, Presiden PAS Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu dalam DAP sebagai “liberal bodoh” yang ditolak oleh Islam.

Semasa kempen pilihan raya umum ke-15, Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Mohd Nasir turut berkata mereka yang mengundi PH atau BN akan masuk neraka.

Shahiful dan Ketua Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin telah memohon maaf atas kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengecam klip video Abdul Hadi yang mengatakan bahawa orang Islam akan dipaksa menjadi pengembala babi jika bukan Islam memerintah negara ini.

Perlu diingatkan bahawa klip video itu – yang menjadi tular semalam – adalah dari 2020.

Mohamad juga mendakwa terdapat seruan untuk “membunuh orang Cina” semasa ceramah.

Ini dipercayai merujuk kepada ucapan pelakon Zul Huzaimy – yang merupakan penyokong PN – menyatakan dia menyimpan hasrat untuk “menyembelih kafir harbi”.


Kafir harbi ialah orang bukan Islam yang dianggap sebagai musuh, berbanding dengan kafir dhimmi atau bukan Islam yang dilindungi.

Zul Huzaimy tidak berkata “bunuh orang Cina”. Dia telah memohon maaf atas kenyataan itu dan mendakwa ia telah diambil di luar konteks.

PAS dan PN terus-menerus menyerang PH dan BN selepas PRU ke-15, yang menyaksikan parlimen tergantung.

PN pada mulanya mendakwa memperoleh majoriti, tetapi Pengerusi PH Anwar Ibrahim akhirnya dilantik sebagai perdana menteri untuk mengetuai kerajaan yang terdiri daripada PH, BN, GPS, GRS dan Warisan.

PH dan BN juga membentuk kerajaan negeri di bawah pimpinannya di Perak dan Pahang.

Mohamad berkata mereka dalam pembangkang boleh mengkritik kerajaan, namun harus membiarkan mereka berkhidmat selama lima tahun penuh.

Dia berkata Langkah Sheraton pada 2020 tidak sepatutnya berulang dan mengatakan bahawa pembangkang boleh bersaing pada pilihan raya umum akan datang.

“Dalam tempoh lima tahun kita boleh lawan di pilihan raya. Kalau kita menang, kamu terima, kalau kamu kalah kamu terima.

“Sama ada kami menang atau kami kalah tiada masalah,” katanya.

Dalam nota berasingan, Mohamad turut menggesa Anwar melancarkan siasatan ke atas dana kempen PN – dengan mendakwa ia jauh melebihi kemampuan PAS pada masa lalu apabila mereka terpaksa menebang tiang buluh sendiri dan memanjat pokok kelapa untuk menggantung bendera.

Presiden Amanah itu hadir memberikan ceramah di Rompin untuk berkempen bagi penyandang BN bagi kerusi DUN Tioman Mohd Johari Hussain.

PH bersetuju memberi laluan kepada BN pada pilihan raya kecil (PRK) itu, walaupun nama calon PH masih kekal dalam kertas undi.

Berdasarkan siaran langsung ceramah tersebut, Mohamad diterima baik oleh orang ramai yang ketawa riang dengan jenakanya.

Pada permulaan ucapannya, dia berkongsi bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Mohamad Hasan pernah bertanya kepadanya bagaimana dia akan berkempen di hadapan penyokong Umno.

“Mereka tanya saya, ‘Abang Mat, kami nak dengar macam mana Abang Mat nak ceramah depan Umno. 44 tahun Abang Mat hentam kami’.Saya pun kata, ‘where do I begin?’ (di mana saya nak mula)?” katanya, yang disambut ketawa orang ramai.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori