• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

oleh Mohd Arshad
18/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat
Share on FacebookShare on Twitter

Whistleblower dalam bahasa Melayu bererti pemberi maklumat. Menjadi Whistleblower tidak memerlukan keupayaan seperti 007 James Bond.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tidak memerlukan anda mempunyai kemahiran ejen risikan, sebaliknya cukup sekadar mengetahui sesuatu yang tidak betul sedang berlaku.

Kebanyakan organinasi dalam dunia memerlukan whistleblower dalam mencetuskan tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) juga memerlukan whistleblower dalam menguatkuasakan amalan cukai.

Whistleblower memberi maklumat kepada LHDNM mengenai aktiviti pelarian cukai dan LHDNM akan bertindak terhadap maklumat tersebut.

Bagaimanapun tidak bermakna maklumat tersebut terus dianggap `konkrit’, sebaliknya LHDNM akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti keadaan sebenar.

Mungkin ada yang berasa bimbang untuk menjadi whistleblower@pemberi maklumat kepada LHDNM kerana khuatir identiti mereka akan terdedah.

Dalam soal itu usah bimbang kerana LHDNM memberi jaminan kerahsiaan mengikut peruntukan kerahsiaan di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967.

LHDNM malah mempunyai kewajipan untuk menjaga kerahsiaan hal ehwal cukai pembayar cukai di bawah peruntukan kerahsiaan yang sama.

Berikut antara Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing) LHDNM yang jelas melindungi kerahsiaan pemberi maklumat:

– Membudayakan nilai-nilai teras seperti berintegriti, profesionalisme dan cemerlang dalam memastikan tadbir urus korporat dan persekitaran yang mampan.

– Menyediakan landasan komunikasi terbuka, selamat dan terjamin kepada Pemberi Maklumat untuk melaporkan kebimbangan atau mendedahkan sebarang Kelakuan Tidak Wajar melibatkan pegawai LHDNM dengan niat yang baik dan suci hati serta mempunyai alasan yang munasabah.

– Merahsiakan identiti dan mengambil serius atau mempertimbangkan apa jua cara dalam keupayaannya memberi perlindungan atau keselamatan kepada Pemberi Maklumat.

-Mynewshub

Tags: LHDNMPemberi Maklumat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembinaan Jalan Lencongan Sementara Felda Kepis-Senaling Bermula Esok

Next Post

Banjir: Budak Perempuan 2 Tahun Korban Pertama Di Terengganu

Related Posts

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

19/08/2024
0

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

Next Post
Banjir: Budak Perempuan 2 Tahun Korban Pertama Di Terengganu

Banjir: Budak Perempuan 2 Tahun Korban Pertama Di Terengganu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd