• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lampu Isyarat Rosak 5 Tahun Sebabkan Kemalangan, Trafik Sesak

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lampu Isyarat Rosak 5 Tahun Sebabkan Kemalangan, Trafik Sesak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Masalah lampu isyarat rosak sejak kira-kira lima tahun lalu di sekitar Persiaran Lestari Perdana serta persimpangan Persiaran Putra Permai Perdana, menyebabkan berlaku kemalangan dan kesesakan trafik sehingga mencetuskan kegelisahan penduduk setempat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Justeru, Skuad Warga Prihatin Taman Lestari Putra (LEP) mendesak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyelesaikan masalah lampu isyarat tidak berfungsi itu dengan segera bagi mengelak berlaku lebih banyak insiden tidak diingini.

Wakil skuad itu, Norizal Razali, 45, mendakwa keadaan itu menyebabkan aliran trafik keluar masuk di persimpangan Persiaran Putra Permai Perdana menjadi sesak kerana pemandu teragak-agak untuk membelok masuk ke taman perumahan berkenaan.

Beliau berkata, kesesakan semakin kritikal pada waktu tengah hari dan petang apabila tamat waktu persekolahan serta penduduk pulang dari kerja.

“Kami sudah berjumpa dengan pegawai MBSJ untuk mengadu mengenai masalah lampu isyarat tidak berfungsi ini. Menurut mereka, lampu isyarat terbabit dipasang oleh pemaju dan sepatutnya diserahkan kepada pihak MBSJ selepas itu. Malangnya, pemaju terbabit dikatakan tidak lagi beroperasi,” dakwanya.

Norizal berkata, Skuad Warga Prihatin LEP juga sudah mengemukakan aduan rasmi kepada MBSJ pada 17 Oktober lalu, namun belum ada tindakan baik pulih lampu isyarat berkenaan hingga kini.

Beliau berkata, penduduk semakin bimbang apabila berlaku beberapa kemalangan di persimpangan terbabit akibat keadaan itu.

“Pada 2 Disember lalu, berlaku kemalangan antara penunggang motosikal dengan kereta tetapi tiada kecederaan serius. Khamis lalu, sekali lagi berlaku kemalangan antara kereta dengan motosikal membabitkan pelajar yang masih memakai baju seragam sekolah.

“Perlanggaran berlaku apabila ada kenderaan mahu membelok ke simpang masuk ke taman perumahan ini tetapi pada sama, pemandu yang ingin jalan terus pula tidak mahu memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan. Perkara ini boleh dielak jika lampu isyarat dibaiki dan berfungsi,” katanya.

Melalui surat aduan yang dihantar, beliau berkata, pihaknya meminta supaya sesi perbincangan diadakan dengan pihak MBSJ bagi membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera demi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu.

“Kami turut membangkitkan isu tiada laluan untuk membolehkan kenderaan membuat pusingan U di hadapan Villa Perdana. Keadaan itu menyebabkan kenderaan terpaksa beratur panjang, malah ada segelintir pemandu membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat MBSJ ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada pegawai yang menjaga kawasan terbabit, untuk mengambil tindakan lanjut dengan segera.

BHonline-

Tags: kemalanganlampu isyaratMBSJrosak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd