• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kata Nama Kerajaan Perpaduan Tak Perlu Dipertikai – Asyraf Wajdi

oleh Mohd Arshad
19/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kata Nama Kerajaan Perpaduan Tak Perlu Dipertikai – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Selepas lulusnya undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta semua pihak untuk tidak lagi mempertikaikan kata nama ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pemuda BN, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana ia hanyalah kata nama yang dipilih bagi menggambarkan gabungan parti-parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan.

“Walaupun kata nama ‘Kerajaan Perpaduan Malaysia’ ini tidak menggambarkan falsafah ‘unity government’ dalam istilah sains politik kerana masih wujud ahli Parlimen pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN).

“Namun tiada salahnya kata nama ini tetap digunakan sebagai manifestasi gabungan parti-parti politik yang secara kolektifnya mewakili hampir 70 peratus undi popular rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan majoriti dua per tiga ahli-ahli Parlimen yang mendokongnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun itu lulus dengan undian suara, selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.

Dengan keputusan itu, Anwar kekal sebagai Perdana Menteri selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 24 November lepas.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, keputusan undi percaya itu menjadikan Kerajaan Malaysia buat pertama kalinya mempunyai majoriti besar dua per tiga selepas 2008.

Justeru, katanya, majoriti besar itu penting bagi memastikan negara mencapai kestabilan supaya tiada lagi insiden pertukaran kerajaan beberapa kali seperti sebelum ini.

Malah, katanya, majoriti dua per tiga itu juga mustahak bagi memastikan kestabilan yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memacu ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

“Majoriti dua per tiga 2/3 ini juga amat penting bagi memastikan kestabilan yang diperolehi mampu memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pelabur untuk kembali memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama sekaligus merancakkan dan memulihkan kembali pertumbuhan ekonomi negara.

“Justeru, kita harus titik noktahkan segera segala perdebatan mengenai keabsahan Kerajaan ini dan kembali memberikan tumpuan dan keutamaan kepada agenda membantu rakyat dan memakmurkan negara,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: Asyraf Wajdikerajaan perpaduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd