• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRO Ditahan Ketika Leka Layan Pelanggan

oleh AK-47
14/12/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
GRO Ditahan Ketika Leka Layan Pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Seramai 17 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan dan satu pusat refleksologi di sekitar pusat bandar ini dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka, malam kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka antara 23 pendatang tanpa izin (Pati) ditahan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa JIM Melaka menerusi beberapa serbuan dilakukan bermula jam 11 pagi kelmarin hingga 1 pagi semalam.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan penduduk setempat mengenai Pati membabitkan pelbagai negara.

Beliau berkata, lokasi serbuan turut membabitkan medan selera, bengkel kereta dan kafe hiburan yang disyaki menggaji warga asing.

“Seramai 17 wanita yang ditahan di pusat refleksologi dan pusat hiburan terdiri daripada warga Vietnam, Thailand, Laos dan China berusia antara 20 hingga 30 tahun. Selain itu seorang lelaki tempatan turut ditahan dalam serbuan sama.

“Hasil risikan dijalankan mereka disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan yang kemungkinan diuruskan oleh ejen yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

“Mereka dikatakan bergiat aktif pada hujung minggu berdasarkan permintaan tinggi pelanggan mengikut lokasi berbeza,” katanya.

Anirwan Fauze berkata, keseluruhannya seramai 23 warga asing ditahan terdiri daripada 21 wanita dan dua lelaki sebelum dibawa ke pejabat JIM untuk siasatan lanjut.

“Daripada jumlah itu 12 orang adalah warga Vietnam, Thailand (empat), Myanmar (dua), Indonesia (tiga) dan masing-masing seorang warga Laos dan China,” katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan adalah seperti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas atau permit dan lain-lain kesalahan mengikut akta dan peraturan migresen.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis kafe hiburan terbabit baru dibuka dan beroperasi tanpa lesen.

“Premis beroperasi dalam keadaan mencurigakan apabila pintu utama ditutup rapat dan ada laluan khas yang dikawal oleh penjaga di luar premis berkenaan.

“Kita turut mengeluarkan 11 saman kepada saksi untuk hadir memberi dan membantu siasatan selain mengesan pemilik kafe hiburan terbabit,” katanya.

-Harian Metro

Tags: GROTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd