Sample Page Title

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari ini, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun BMKG meminta orang ramai bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.

Gempa itu berlaku pada jam 4.49 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 52 kilometer (km) barat daya Garut pada kedalaman 118km.

Gegaran turut dirasai di ibu kota, kira-kira 154km dari pusat gempa, dengan bangunan tinggi dilaporkan bergoyang selama beberapa saat ketika gempa berlaku.

Bulan lalu, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur di Jawa Barat, menyebabkan lebih 300 orang terkorban.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...