Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin yang telah berkhidmat di kementerian itu sejak Ogos 2021 di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Whip GPS itu turut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya malam Jumaat.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya sejak 2004.

Fadillah pernah memegang portfolio sebagai Menteri Kerja Raya, Menteri Kanan Kerja Raya dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.


Pengumuman barisan Kabinet pada kira-kira 8.20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Terdahulu, Anwar berkata, barisan kabinet baharu itu akan dipanggil ke mesyuarat khas pada Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai PH yang mempunyai 82 kerusi, diikuti Barisan Nasional (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...