Sample Page Title

KUCHING : Datuk Seri Fadillah Yusof menyedari tanggungjawab besar menanti susulan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Justeru, beliau berkata amanah itu perlu digalas dengan istiqamah, ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.

Ahli Parlimen Petra Jaya yang turut diberi tanggungjawab sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, pelantikannya adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan blok Borneo iaitu Sarawak dan Sabah.

Menurutnya, jawatan itu bukan untuk dibanggakan, sebaliknya adalah amanah rakyat dan negara yang harus dipikul sebaik mungkin.

“Insya Allah saya akan memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini

berpaksikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mahukan kita memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat demi Malaysia yang lebih stabil dan makmur.

“Semoga kita tanpa mengira bangsa, agama dan merentasi fahaman politik dapat bersama-sama membina Malaysia yang stabil, maju dan makmur berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara,” katanya dalam kenyataan sejurus pengumuman barisan Kabinet Persekutuan oleh Perdana Menteri malam ini.

Menurut Fadillah, beliau turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan dan nasihat baginda yang membawa kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan demi menyelesaikan kemelut politik Negara.


“Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga di atas perlantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 dan terima kasih di atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk menjalankan amanah ini demi negara.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, selaku Pengerusi GPS serta seluruh kepemimpinan parti, ahli Parlimen Sarawak, ahli-ahli parti dan rakyat Sarawak di atas kepercayaan diberi,” katanya.

Fadillah, 60, yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpengalaman luas dalam Kabinet Persekutuan dan pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri.

Beliau mula diberi kepercayaan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat apabila dilantik sebagai Menteri Kerja Raya pada 2013 dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak dan terus diberi kepercayaan mengetuai kementerian itu di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fadillah kemudian dilantik sebagai Menteri Kanan Kerja Raya dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos tahun lalu.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...