Sample Page Title

BUKIT MERTAJAM – Geng curi motosikal tumpas selepas dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam 87 kes curi motosikal di Pulau Pinang dan Kedah, dalam dua serbuan baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, tangkapan itu hasil penubuhan pasukan khas Op Lejang Waze pada Ogos lepas setelah menerima lebih 10 laporan polis berkaitan kes kecurian motosikal di kawasan parkir Stesen KTM Bukit Mertajam dan Bukit Tengah, di sini sejak Jun.

Beliau berkata, bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis berjaya mengesan suspek pertama berusia 46 tahun di sebuah inap desa di Padang Besar, Perlis pada 6.25 petang 23 November lepas dipercayai sedang merancang untuk menyeludup motosikal dicuri ke negara jiran.

“Susulan penahanan itu, polis menahan rakannya berusia 41 tahun di stesen bas di Butterworth, di sini pada 26 November dan siasatan mendapati suspek berada di situ dipercayai mahu mencuri motosikal di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki yang berasal dari Perlis itu datang ke Pulau Pinang dan kemudiannya mencuri hanya motosikal jenis Honda Waze Alpha yang diparkir di stesen KTM, pasar awam serta hospital di kawasan bahagian tanah besar negeri itu.

Cheng San berkata, mereka menggunakan allen key yang diubah suai untuk mencuri motosikal dengan mudah sebelum kenderaan itu dibawa ke inap desa di Padang Besar dan seterusnya diseludup ke negara jiran dengan menjual kepada orang tengah pada harga RM1,000 bagi setiap motosikal.


Katanya, modus operandi geng itu menukar nombor plat motosikal dicuri dengan nombor pendaftaran negara jiran untuk dibawa ke sana dan kebanyakannya digunakan di ladang dan setakat ini polis telah mengenal pasti suspek (orang tengah) di negara jiran.

“Setiap kali geng itu mahu menyeludup motosikal curi ke negara jiran, mereka akan gunakan nombor plat sama sahaja iaitu yang sah kerana mempunyai dokumen betul untuk dibawa ke sana dan ia juga bagi mengelak jenayah dikesan pihak berkuasa di sempadan,” katanya,

Menurut beliau berdasarkan siasatan, dua lelaki itu terlibat 30 kes curi motosikal di sekitar Pulau Pinang dan 57 kes di Kedah dengan mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah berkenaan sejak tahun lepas sehingga mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan.

Polis turut merampas dua buah motosikal curi, peralatan untuk mencuri, pakaian dan beberapa dokumen yang digunakan untuk ke negara jiran, katanya.

Cheng San berkata, suspek pertama mempunyai 31 rekod lampai manakalan rakannya dengan sembilan rekod berkaitan jenayah serta dadah. Kedua-dua mereka direman sehingga 4 Disember ini dan kes disiasata mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Artikel sebelum iniNajib Masuk HKL
Artikel seterusnyaPengumuman Kabinet Tangguh

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...