• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus Bajet Mini RM107 Bilion

oleh Mohd Arshad
20/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat Lulus Bajet Mini RM107 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Majlis Parlimen Ke-15.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan bajet mini, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.

Beliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaan dikeluarkanemolumen penjawat awam.

Bajet Mini akan berkuat kuasa hingga Bajet 2023 dibentang dan lulus di Parlimen

Ia susulan RUU Perbekalan 2023 tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Januari depan, maka peruntukan perlu dikeluarkan bagi perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Januari hingga tarikh RUU Perbekalan 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Dalam pada itu, Anwar menerusi Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mencadangkan dana bernilai RM55,959,213,200 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, perbelanjaan segera itu bagi maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara, dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022.

“Jumlah wang berkenaan dalam ruang tiga dan empat penyata itu bertentangan dengan maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata ini adalah diuntukkan bagi perbelanjaan sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan,” katanya.

PM pengerusikan NACCOL supaya rakyat tak terbeban kenaikan harga barang

Sementara itu, Anwar memaklumkan sudah beberapa kali mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) untuk memastikan kaedah terbaik dicapai supaya rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang dan bekalan makanan mencukupi.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju untuk tidak menaikkan tarif elektrik kepada semua pengguna domestik serta pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kerajaan tanggung subsidi RM10 bilion 6 bulan pertama 2023

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan menanggung subsidi lebih 10 bilion ringgit bagi tempoh 6 bulan pertama 2023, selaras pendekatan pentadbirannya untuk melindungi rakyat dan perniagaan PMKS.

“Berdasarkan rangka kawal selia industri elektrik, kenaikan kos bahan api sepatutnya dilepaskan kepada pengguna melalui kenaikan tarif elektrik dan hanya syarikat besar dikenakan kenaikan (tarif elektrik).

“Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya tarif bagi semua pengguna isi rumah domestik dan perniagaan PKS tidak akan dikenakan sebarang kenaikan tarif menjelang 1 Januari depan,” katanya.

Mengenai RUU Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, Anwar berkata, ia pernah berlaku tujuh kali dengan kali terakhir ia dibentangkan adalah pada 20 Disember 1999.

Beliau berkata, ia bertujuan mendapatkan kebenaran sementara Parlimen supaya kerajaan boleh berbelanja sebahagian anggaran perbelanjaan bagi tempoh beberapa bulan sehingga RUU Perbekalan 2023 dibentang semula dan diluluskan kelak.

Anggaran perbelanjaan di bawah RUU berkenaan antaranya merangkumi bayaran gaji kepada penjawat awam, utiliti, biasiswa, bantuan kebajikan, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan serta projek pembangunan yang sedang berjalan dan perlu diteruskan, terutama kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

“Namun, mengambil kira keterbatasan anggaran perbelanjaan sementara ini yang terhad kepada dasar dan komitmen sedia ada kerajaan bagi enam bulan pertama 2023 terlebih dahulu.

“Apa yang baik akan diteruskan terutamanya inisiatif sedia ada yang memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat. Selanjutnya, perbelanjaan lain akan dikaji semula dalam penyediaan pembentangan semula Bajet 2023,” katanya.

BHonline-

Tags: Anwar Ibrahimbajet miniDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tragedi 3 Maut Dalam Lubang Pembetung: Mangsa Dipercayai Terhidu Gas Ammonia

Next Post

Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Firdaus Wong

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Next Post
Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Firdaus Wong

Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Firdaus Wong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd