• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Sabah Dijangka ‘Tutup Kedai’ – Mohd Puad

oleh Mohd Arshad
11/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BERSATU Sabah Dijangka ‘Tutup Kedai’ – Mohd Puad
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : BERSATU Sabah dijangka ‘tutup kedai’ susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu mengumumkan keluar parti itu, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa parti itu tiada akar umbi, malah akar umbi sedia ada juga dari UMNO yang ‘lompat parti’.

“Apabila UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah melompat masuk BERSATU. Tinggal tiga orang yang terus istiqamah iaitu Bung Mokhtar, Yaakub Khan dan Ramie Unggi.

“Sebanyak 21 Bahagian itu dipangku oleh mereka yang baharu termasuk dua pemimpin akar umbi Wanita. Apakah UMNO Sabah mati. UMNO Sabah bangkit semula dan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Itu maknanya UMNO Sabah berakar umbi. Sekarang giliran BERSATU, semua keluar BERSATU dan akan tubuh parti baharu. Akan ada lagikah BERSATU di Sabah.” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, tanpa kuasa di peringkat kerajaan negeri di Sabah, BERSATU di situ boleh ‘tutup kedai’.

“BERSATU tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi UMNO yang lompat parti.

“Tanpa kuasa di kerajaan negeri, BERSATU bolehlah `tutup kedai’ di Sabah,” katanya.

Semalam, kepemimpinan BERSATU Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengambil pertimbangan keadaan landskap politik negara ketika ini.

-Berita Harian

Tags: BERSATU SabahPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PAGI ini, muncul satu berita membosankan yakini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd