• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bekalan Ikan Segar Mencukupi’

oleh Mohd Arshad
25/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Bekalan Ikan Segar Mencukupi’
Share on FacebookShare on Twitter

JERTIH : Bencana banjir yang melanda Terengganu minggu lalu tidak menjejaskan bekalan ikan segar khususnya di negeri itu, kata Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusoff Othman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata pengurangan pendaratan ikan hanya berlaku di negeri Pantai Timur saja, manakala di pendaratan ikan di Pantai Barat berjalan seperti biasa.

“Secara keseluruhan bekalan ikan tidak terjejas dan isu pengurangan pendaratan di Pantai Timur juga tidak signifikan sebab nelayan sekarang (Pantai Timur) boleh turun ke laut tidak seperti dulu.

“Dulu tidak ada pemecah ombak, tetapi sekarang sudah ada (pemecah ombak) yang membolehkan nelayan pergi menangkap ikan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 46 nelayan daerah Besut yang terjejas banjir di Kompleks LKIM Besut, di sini, hari ini.

Yusoff berkata, sekiranya berlaku masalah kekurangan ikan, LKIM akan mengeluarkan stok ikan segar beku (QFish) bagi menstabilkan bekalan protein itu.

Terdahulu, Yusoff turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500, Qfish dan beras di bawah program Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan LKIM kepada 36 nelayan di Chalet Nelayan Resort di daerah Setiu.

“Program dilaksanakan secara berterusan bagi memberi bantuan segera kepada nelayan yang terjejas dalam bencana alam atau kemalangan, sekali gus meringankan beban mangsa dan keluarga.

“Pada tahun ini saja, LKIM menyalurkan bantuan melalui tabung berkenaan berjumlah RM1.1 juta kepada 1,337 penerima,” katanya.

Yusoff berkata, LKIM juga mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana LKIM pada peringkat negeri dan ibu pejabat untuk menyelaras persiapan bantuan kepada komuniti nelayan.

-Berita Harian

Tags: Bekalan Ikan SegarIkan Segar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd