Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

Minggu Solidariti Palestin Raih...

KUALA LUMPUR : Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan...

FAM Belum Putus Status...

MELAKA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum membuat keputusan berhubung cadangan...

Dokumen Palsu: Bekas Pengarah...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan didenda RM30,000 atau 20 bulan...

Tentera Rancang Serangan ‘Sistematik’...

BANGKOK - Tentera Myanmar melakukan persediaan 'meluas dan sistematik' untuk memerangi etnik Muslim...

Bank Islam Tawar Moratorium 6 Bulan Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanaan Program Prihatin Banjir untuk membantu pelanggan pembiayaan yang terjejas, berikutan situasi banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Bank Islam, pelanggan kemudahan Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang terjejas akibat bencana itu boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

“Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas, Bank Islam turut menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk pelanggan Pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori