• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: TNB Putuskan Bekalan Elektrik Segera Jika Perlu

oleh AK-47
22/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir: TNB Putuskan Bekalan Elektrik Segera Jika Perlu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memutuskan bekalan elektrik dengan segera jika perlu bagi memastikan keselamatan orang ramai dan warga kerjanya ketika bertugas di kawasan yang terlibat dengan banjir.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, langkah itu juga bertujuan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur serta berkesan demi kepentingan orang awam.

“Penutupan pencawang elektrik ketika banjir dilakukan demi keselamatan pengguna dan pekerja TNB.

“Kami tidak berkompromi terhadap keselamatan pengguna dan warga kerjanya dalam proses pemulihan bekalan selepas banjir surut bagi mengelak kemungkinan risiko percikan arka (flash over) dan renjatan elektrik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menasihati pengguna di kawasan banjir untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 dengan segera jika ada pepasangan TNB yang beralih atau tumbang.

Dalam pada itu, syarikat utiliti kuasa tersebut menyediakan pelbagai aset di lokasi terjejas banjir bagi memastikan bekalan elektrik pulih sepenuhnya.

“Suruhanjaya Tenaga (ST) dimaklumkan aset yang disediakan ialah 296 set jana kuasa bergerak, 227 set jana kuasa kecil mudah alih, 289 lori, 885 kenderaan pacuan empat roda, 38 bot dan 108 lampu limpah di lokasi yang sering dilanda banjir.

“Setakat 19 Disember 2022, sejumlah 238 daripada 258 PPS yang sebahagian besarnya di Terengganu dan Kelantan telah mendapat bekalan elektrik, TNB sedang berusaha menghantarkan set janakuasa mudah alih kepada 20 lagi PPS yang sukar diakses oleh laluan darat,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Abdul Razib Dawood berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan TNB menghadapi bencana banjir termasuk dalam aspek logistik, tenaga kerja, keselamatan, pengurusan aset dan komunikasi dengan pelanggan.

“Melihat kepada persiapan ini, ST berharap langkah-langkah yang telah diambil oleh TNB dalam persiapan menghadapi banjir dapat menjamin aspek penjagaan keselamatan, pengurusan bekalan, penghebahan maklumat dan sebagainya untuk kepentingan orang awam.

“Sentiasa jauhkan diri daripada menghampiri tiang elektrik, pepasangan elektrik dan kabel elektrik termasuk yang bersalut dengan penebat yang ditenggelami air,” katanya.

Abdul Razib turut menyarankan pengguna agar mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian yang berdaftar dengan ST bagi memeriksa pendawaian di dalam premis mereka yang dinaiki air.

-Sinar Harian

Tags: BanjirBekalan ElektrikTNB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanah Runtuh: Empat Mangsa Ditemui Dalam Satu Khemah

Next Post

Lelaki Alih Kayu Bawah Rumah Lemas, Korban Terbaharu Banjir Kelantan

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post
Lelaki Alih Kayu Bawah Rumah Lemas, Korban Terbaharu Banjir Kelantan

Lelaki Alih Kayu Bawah Rumah Lemas, Korban Terbaharu Banjir Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd