Sample Page Title

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian Malaysia (MA63), sebagai antara keutamaannya dalam menggalas amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) yang baharu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Walaupun menganggap lantikan itu sebagai satu tanggungjawab yang menarik, beliau mengakui akan berhadapan tugas yang mencabar kerana buat pertama kali berada dalam Kabinet Persekutuan.

Ini menurutnya kerana portfolio yang diamanahkan kepadanya, berkait secara langsung dengan suara hati rakyat di Sabah dan Sarawak sejak sekian lama, dan ‘dekat’ dengan inti pati perjuangannya dalam arena politik.

“Aspirasi Borneo yang mengharapkan kedua-dua wilayah ini diberikan perhatian dan pengiktirafan yang sewajarnya dalam agenda mengisi serta memperkukuhkan kelestarian Persekutuan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau antara 27 Ahli Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Beliau berkata pengalaman berkhidmat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) sebelum ini, memberi pendedahan serta pengalaman berguna bagi menggalas amanah diberikan.

Armizan, 46, adalah Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sabah yang disandangnya sejak Disember 2020 sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15, dan memenangi kerusi Parlimen Papar mewakili Gabungan Rakyat Sabah dengan majoriti 12,224 dalam saingan enam penjuru di parlimen itu.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...