Sample Page Title

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil keputusan berasas dengan menamakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri I.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, keputusan itu diambil sungguhpun wujud nada kemarahan dalam kalangan rakyat.

“Semasa sarapan di Parit 19 tadi (semalam), pelbagai reaksi diterima mengenai kabinet YAB Perdana Menteri @anwaribrahim khususnya perlantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri yang rata-rata mengundang kemarahan.

“Namun, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tentunya berasas – ibarat kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Ahmad Zahid dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri I dalam kerajaan perpaduan dan beliau juga akan memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.


Beliau yang juga Presiden Umno pernah menjawat jawatan itu sebelum ini di bawah kerajaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula berkata, jika BN menyertai kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid akan diberi peranan yang sama.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pasti (Pengerusi PN, Tan Sri) Muhyiddin (Yasin) akan melakukan perkara yang sama jika BN berpihak kepadanya dan PN. Begitulah kuasa kleptokrat,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...