Sample Page Title

PETALING JAYA : Aktivis pendidikan meragui kemampuan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, untuk menerajui Kementerian Pendidikan, kerana beliau tidak mempunyai latar belakang dalam bidang berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin, menyifatkan jawatan itu sukar dan dikhuatiri Ahli Parlimen Nibong Tebal itu akan mengambil masa yang lama untuk memahami permasalahan sistem pendidikan yang dihadapi.

“Isunya di sini bukan orang baharu atau tidak, tetapi latar belakangnya kerana semakan mendapati beliau adalah seorang peguam dan tiada pengalaman mengendalikan isu-isu pendidikan.

“Ini mungkin memakan masa jika beliau ingin bermula dari ‘kosong’,” katanya seperti dilaporkan oleh portal, FMT, sambil menyifatkan pelantikan ketua wanita PKR itu adalah di ‘luar jangkaan’.

Sebelum ini, kumpulan itu antara yang lantang mendesak kerajaan supaya melantik menteri pendidikan yang berani memperkenalkan dasar progresif bagi memperbaiki sistem pendidikan, sekalipun cadangannya “tidak popular”.

Dalam laporan sama, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, pula berharap Fadhlina boleh memainkan peranan untuk memperbaiki sistem pendidikan negara.

“Jadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan utama ibu bapa, bukan mendekati mereka dengan memperkenalkan sistem pendidikan satu aliran,” katanya.

Tambahnya, beliau juga berharap agar lebih banyak sekolah yang melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) selain diberi sokongan dan bantuan kewangan yang mencukupi.


“Pada masa yang sama, Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) harus diberi keutamaan dalam pelaburan,” tambahnya.

Pada sidang media khas di Putrajaya malam tadi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR sebagai Menteri Pendidikan.

Fadhlina yang juga pengamal undang-undang, sebelum ini pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara.

Sebelum ini, aktivis dan peguam itu kurang berminat menceburi politik meskipun mempunyai hubungan rapat dengan PKR, melalui arwah bapanya, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Siddiq Fadzil yang juga orang kepercayaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai seorang peguam syarie, Fadhlina juga pernah mengetuai pasukan peguam yang mewakili Anwar dalam kes qazaf yang dikaitkan dengan dakwaan seks luar tabii.

Sebaik menyertai PKR pada Julai 2020, Fadhlina cepat bangkit dalam parti itu. Mandat pertamanya adalah sebagai pengerusi biro guaman dan pembangunan komuniti, dan kemudiannya dilantik sebagai Senator lantikan dari Pulau Pinang.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...