• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid Serah Kepada Perwakilan Tentukan

oleh AK-47
28/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ahmad Zahid Serah Kepada Perwakilan Tentukan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO boleh dipertandingkan atau tidak akan diserahkan kepada perwakilan parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan agar kedua-dua jawatan tertinggi itu ditandingi dalam pemilihan parti akan datang.

Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang mengutamakan demokrasi.

“Saya sebagai seorang demokrat, saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program wawancara khas bertajuk Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? di Facebook terbitan NRChannel TV pada Selasa.

Mengulas mengenai pemilihan UMNO pada 2018, Ahmad Zahid berkata, beliau sebagai pemangku Presiden parti ketika itu sendiri memutuskan bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan, termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden.

“Saya akui pada tahun 2018, keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 meminta supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

“Tetapi apabila saya menjalankan tugas sebagai (pemangku) Presiden UMNO pada ketika itu, (saya) telah memutuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan,” ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau, sudah beberapa kali kedua-dua jawatan utama itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti sebelum ini.

“Tetapi harus diingat, ada beberapa kali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.

“Di zaman pemimpin 22 tahun (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada beberapa kali, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ada.

“Zaman Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) ada cadangan tetapi tidak jadi, namun beberapa kali juga beliau mengalami keadaan itu,” jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, MKT masih belum menetapkan keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan atau tidak.

Katanya, perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas yang akan diadakan sebelum PAU iaitu pada malam 12 Januari nanti.

-Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid Hamidiperwakilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd