• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

94 Lokasi Bencana Dikesan Seluruh Negara

oleh AK-47
23/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
94 Lokasi Bencana Dikesan Seluruh Negara
Share on FacebookShare on Twitter

Tanah Merah : Kementerian Kerja Raya mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana di seluruh negara, setakat ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, ia membabitkan 42 jalan Persekutuan dan 52 jalan negeri di lapan negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, lokasi bencana berkenaan membabitkan 42 Jalan Persekutuan dan 52 jalan negeri di lapan negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Daripada keseluruhan 94 lokasi bencana, 61 lokasi dikenal pasti membabitkan banjir, cerun runtuh (19 lokasi); jalan mendap (enam lokasi); jalan runtuh (lima lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh membabitkan tiga lokasi.

“Terengganu dan Kelantan mencatatkan daerah paling banyak terjejas iaitu masing-masing enam daerah, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing empat daerah.

“Selain itu, Kedah dan Johor masing-masing dua daerah dan Selangor serta Perak masing-masing satu daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Jambatan Kusial, di sini, yang mengalami runtuhan dan hakisan tebing akibat banjir pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun berkata, jumlah kerugian akibat bencana berkenaan belum diperoleh kerana masih dalam proses mengumpul maklumat.

“Kita akan berusaha secepat mungkin untuk proses baik pulih dan semestinya memerlukan kos yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai lawatannya di dua lokasi di Kelantan, Alexander berkata, pembaikan bagi Jalan Persekutuan FT003 iaitu laluan Kota Bharu-Kuala Terengganu akibat ditenggelami air pada Ahad lalu membabitkan anggaran kos berjumlah RM850,000.

“Manakala, bagi kos baik pulih tebing runtuh di bawah Jambatan Kusial, ia belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar, namun jambatan berkenaan selamat digunakan kerana tidak membabitkan kerosakan struktur.

“Namun begitu, pemantauan rapi dan pemeriksaan secara fizikal oleh pihak JKR dan konsesi tetap dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Lokasi Bencana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd