Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Polis Kesan Modus Operandi...

KUALA LUMPUR - Polis mengesan sindiket perjudian haram yang mengubah modus operandi (MO)...

Hadi Pernah Dicampak Dari...

KUALA LUMPUR - "Betapa sombong dan angkuhnya Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri...

Lelaki Berbadan Idaman Makan...

LELAKI ini mempunyai badan idaman ramai dan tatkala mereka yang memiliki badan sepertinya...

Runtuhan Kuari, Seorang Hilang,...

Ipoh : Seorang pekerja kuari dilaporkan hilang manakala seorang parah selepas tertimbus runtuhan...

4 Januari Keputusan Tuntutan MA63

KUCHING : Keputusan berhubung beberapa tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mesyuarat Kabinet, 4 Januari depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata antara yang dijangka diputuskan ialah penurunan kuasa kepada agensi teknikal di Sabah dan Sarawak seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Fadillah berkata, beliau sudah memanggil Jawatankuasa Teknikal MA63 yang ketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali bagi memperhalusi perkara terbabit termasuk perkara yang dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan terdahulu.

Menurutnya, tiga perkara utama diberi perhatian kini ialah perkara yang sudah diselesaikan menerusi penurunan kuasa, perkara sudah dibincangkan dan sudah mendapat keputusan dasar serta perkara sedang dalam perbincangan tetapi belum mendapat keputusan dasar.

Satu lagi perkara tambahan adalah di luar bidang MA63 etapi diminta oleh Sabah dan Sarawak.

“Itu antara perkara yang diberi tumpuan dalam tempoh sebulan (tempoh yang diberikan Perdana Menteri untuk diselesaikan bermula 5 Disember lalu).

“Sehingga kini, apa yang saya lihat boleh dipersetujui antaranya ialah penyerahan sebahagian daripada kuasa kepada agensi teknikal, cuma jumlah akan diberi kuasa sedang dimuktamadkan walaupun Sabah dan Sarawak meminta keseluruhan kuasa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan biskut kepada orang ramai sempena perayaan Krismas di sebuah restoran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, rundingan penurunan kuasa kepada agensi teknikal itu memerlukan masa kerana membabitkan banyak pihak termasuk dengan Kementerian Kewangan.


“Sebab itu kita (mencadangkan) akan buat secara interim dahulu kerana menerusinya sekurang-kurangnya ada bidang kuasa yang boleh diserahkan terus kepada JKR dan JPS di Sarawak serta Sabah,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pihaknya juga akan mendapatkan keputusan kabinet berhubung perkara sudah mendapat persetujuan secara dasar di peringkat Majlis MA63 yang lalu, dipengerusikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya lagi, keseluruhannya sebanyak tujuh perkara dasar yang sedang diusahakan untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, ada perkara yang membabitkan pindaan perlembagaan yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.

“Ada yang (dijamin) dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan (seperti yang ditetapkan) dan ada yang kena tunggu sidang Parlimen untuk dibentangkan bagi mendapat kelulusan sebelum kita boleh memuktamadkannya kerana membabitkan pindaan perlembagaan,” katanya.

Mengenai perkara di luar MA63 yang turut dibincangkan jawatankuasa teknikal ketika ini, Fadillah berkata, ia juga akan diumumkan oleh Anwar 4 Januari nanti.

“Perdana Menteri akan umumkan nanti, kalau saya cakap sekarang, tiadalah kejutan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori