• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rentung Dalam Kontena Dipercayai Pasangan Kekasih – Polis

oleh Mohd Arshad
12/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Rentung Dalam Kontena Dipercayai Pasangan Kekasih – Polis
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Polis masih menyiasat berkaitan kejadian dua individu yang ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan pondok pengawal keselamatan diperbuat daripada kontena di Taman Bayam, Lunas, Kulim tengah malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata pasangan iaitu lelaki dan wanita itu dipercayai pasangan kekasih namun siasatan masih diteruskan untuk mengesan identiti mereka.

Beliau berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sudah melakukan siasatan di lokasi kejadian untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan berdasarkan laporan pihak bomba mendapati, tiada elemen khianat.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kontena itu berkunci dari dalam dan setakat ini, siasatan terperinci masih dilakukan.

Mungkin ketika kejadian mereka sedang tidur atau tak sedar, biarlah siasatan dilakukan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa lelaki berusia 30-an dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala mangsa wanita berusia 20-an.

Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk proses bedah siasat.

“Mayat kedua-dua individu itu rentung antara 70 hingga 80 peratus dan sukar untuk dikenal pasti, malah hasil pemeriksaan mendapati keadaan kontena itu kecil.

“Pemeriksaan juga mendapati, tiada penyambungan masuk elektrik di situ dan ada sofa yang mungkin terbakar dalam keadaan mereka tak sedar,” katanya.

Wan Hassan berkata, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu kontena terbabit untuk memadamkan api berhubung kebakaran itu.

Katanya, sekiranya ada unsur lain pihaknya akan siasat lebih lanjut dan setakat ini, kejadian itu disiasat mengikut mati mengejut.

“Pasangan itu dipercayai warga tempatan dan akan melakukan pemeriksaan DNA (asid deoksiribonukleik) terlebih dahulu untuk mengesahkan identiti mangsa berkenaan, ” katanya.

BHonline-

Tags: kontenarentung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Bilik Air

Lelaki Ditemukan Rentung Dalam Bilik Air

25/03/2025
1

KAJANG - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Chua di sini pada Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd