Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

41,000 Saman Dikeluarkan Kepada...

KEMAMAN - Sebanyak 41,000 saman telah dikeluarkan terhadap pesalah trafik di sepanjang laluan...

Najib Tiba Di Langkawi...

LANGKAWI - Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di...

Upin & Ipin Terima...

CYBERJAYA - Siri animasi 3D Malaysia, Upin & Ipin, hari ini menerima anugerah...

Bellew Tinggalkan MAB Selepas...

SELEPAS setahun menerajui Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew akhirnya meninggalkan syarikat penerbangan...

149 Saman Dikeluarkan JPJ Dalam Operasi Ambang Krismas

BATU KAWAN : Sebanyak 149 notis saman dan teknikal atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu operasi penguatkuasaan sempena sambutan Krismas di sini, malam semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Operasi yang berlangsung selama lima jam bermula pukul 10 malam itu menyasarkan pengguna yang melalui plaza tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (JSAHMS) atau jambatan kedua.

JPJ negeri dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, operasi terbabit dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang.

“Pelbagai kesalahan dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya sepanjang operasi itu termasuk tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsurans.


“Turut dikesan ialah kesalahan menggunakan cermin (kereta) gelap, nombor pendaftaran ‘fancy’, tidak menampal pelekat P selain kesalahan teknikal seperti mengubahsuai ekzos dan lain-lain,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ negeri menasihatkan para pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang- undang semasa memandu.

Pada masa sama, mereka turut diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat semasa di jalan raya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori