• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Zahid, Tok Mat Perlu Dibawa Berunding Tentukan Anggota Kabinet’

oleh Mohd Arshad
27/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Zahid, Tok Mat Perlu Dibawa Berunding Tentukan Anggota Kabinet’
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN : Keutamaan pemilihan anggota Kabinet Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu dipilih mengikut hierarki atau struktur jawatan dalam parti yang menyokong gabungan Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berharap pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan dipanggil berunding sebelum senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan diumumkan.

Katanya, sebelum ini, Ahmad Zahid tidak dirundingi dalam pembentukan dua Kabinet yang lalu.

“Kali ini, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN perlu dirundingi untuk buat keputusan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Saya difahamkan ketika Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri Kelapan), Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dirundingi.

“Maka anggota Kabinet yang dilantik (Muhyiddin) itu tidak mengikut hierarki parti. Itu yang berlaku ketika Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

“Saya harap Anwar yang jadi Perdana Menteri ke-10, berunding dengan pucuk pimpinan parti terutama Presiden parti supaya ia jadi suara parti itu bukan orang-orang lain yang jadi suara parti. Ini adalah kebaikan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis doa selamat dan Ahli Parlimen Pontian di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri daripada BN bagi mengisi slot pentadbiran Kerajaan Perpaduan perlu dibuat berdasarkan hierarki parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, dilaporkan berkata keputusan mengenai pelantikan jawatan TPM itu perlu dibuat dengan ‘kembali’ kepada hierarki dan keputusan parti.

Sehubungan itu, beliau dilaporkan berkata, berdasarkan hierarki parti, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, adalah calon yang perlu menggalas jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilaporkan mencadangkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, diketengahkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri yang mewakili gabungan itu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Ditanya sama ada UMNO atau BN ada mencadangkan nama tertentu untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad yang menang kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata, perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan parti.

“Adalah adil dan wajar untuk berbincang dengan presiden, timbalan dan kepemimpinan utama parti untuk dipilih siapa yang terbaik untuk UMNO dan BN namakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Mengenai Kabinet ini, siapa nama yang dipilih, pecahan bilangan setiap parti mahupun sama ada rundingan sudah selesai, saya tidak masuk campur. Kita serah pada pucuk pimpinan parti untuk buat pilihan daripada parti masing-masing,” katanya.

Mengulas mengenai bila senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan akan diumumkan, Ahmad berkata, ia dijangka minggu depan.

“Dijangkakan minggu depan bermula esok hingga Jumaat. Tarikh sebenar saya tidak tahu.

“Mengenai nama saya turut disebut-sebut menganggotai Kabinet, itu saya serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO dan BN,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Ahmad Zahid Hamidianggota KabinetBerundingTok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd