• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Artikel Fitnah: Bekas Ketua Pengarang The Edge Bebas

oleh Mohd Arshad
22/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tuduhan Artikel Fitnah: Bekas Ketua Pengarang The Edge Bebas
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, daripada pertuduhan memfitnah seorang individu bergelar Datuk dan sebuah syarikat menerusi penyiaran satu artikel dalam The Edge Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad Azam Mohd Aris, 61, yang didakwa dengan dua pertuduhan memfitnah individu itu dan empat buah syarikat menerusi penyiaran dua artikel, dibebas dan dilepaskan atas satu pertuduhan.

Majistret, Zhafran Rahim Hamzah, membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Siti Maryam Jamilah Md Kamal, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik kes tersebut.

Siti Maryam Jamilah berkata, pihaknya juga telah menerima surat representasi dikemukakan Ahmad Azam bertarikh 28 Sept lepas.

“Oleh itu, saya memohon supaya tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan ini,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Bagaimanapun, peguam bela, Rajsurian Pillai, yang mewakili Ahmad Azam memohon supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu kerana tiada alasan diberikan mengapa kes itu ditarik balik dan sekiranya kes itu DNAA, pertuduhan itu akan tergantung ke atas tertuduh tanpa had masa.

Ahmad Azam didakwa memfitnah Datuk Kua Khai Shyuan, 38, dan Syarikat DGB Asia Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1337 bertarikh 21 Sept hingga 27 Sept 2020, yang mana tuduhan tersebut akan merosakkan reputasi individu itu dan syarikat berkenaan.

Sementara itu, di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapa, pula, Ahmad Azam dilepas tanpa dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan iaitu memfitnah Kua dan syarikat DGB Asia, Trive Property Group Berhad, Metronic Global Berhad dan MNC Wireless Berhad.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1365 bertarikh 12 April hingga 18 April 2021 yang kandungannya merosakkan reputasi individu itu dan keempat-empat syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Terdahulu, TPR Farhanah Fuad Mohamad Faiz, berkata pihak pendakwaan turut mendapat arahan daripada AGC untuk menarik balik kes itu dan memohon supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Rajsurian yang dibantu Allyna Ng, memohon agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu atas alasan yang sama.

Bernama-

Tags: bebasbekas ketua pengarangThe Edge Communications Sdn Bhd
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suri Rumah Rugi RM476,100 Diperdaya Pelaburan Media Sosial

Next Post

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

Related Posts

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

Yasin Dibebaskan Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan. Diperintah Kembali Ke Hospital Bahagia

28/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman serta memerintahkannya kembali ditempatkan di Hospital Bahagia...

Najib, Irwan Serigar Lepas Tanpa Bebas Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion

Najib, Irwan Serigar Lepas Tanpa Bebas Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion

27/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan...

Next Post
30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

30 Ahli Parlimen BN Dititah Menghadap Agong Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd