MARANG : Calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului empat calon lain di Parlimen Marang dengan majoriti 2,149 undi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Setakat pukul 8.10 malam, Abdul Hadi mendapat 4,396 undi daripada 15 peti undi yang diterima.
Calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman pula menerima 2,247 undi; calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab. Shukur (168 undi) dan calon Pejuang, Dr. Zarawi Sulong (42).
Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Marang bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini.
-Utusan Online
![[TIDAK RASMI] Hadi Mendahului Di Parlimen Marang](https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2022/11/ABDUL-HADI-AWANG.jpeg)

