• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

oleh Mohd Arshad
30/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya mendapat maklumat kerajaan negeri dan pemimpin Pas dipercayai melakukan pembahagian beberapa jenis dana kepada pengundi di negeri ini dengan syarat menyatakan sokongan dan memberi undi kepada parti itu dalam PRU15.

Menurutnya, antara jenis dana yang didakwa diagihkan itu adalah I-Belia, Dana Ibu Tunggal dan Pencen Rakyat.

Katanya, pembahagian dana-dana itu didakwa dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas dan calon-calon Pas yang bertanding dalam PRU15.

“UMNO negeri mendapat maklumat bahawa pembahagian dana-dana ini dilakukan di negeri ini dalam tempoh kempen dari 5 hingga 18 November lalu.

“UMNO juga percaya agihan dana-dana tersebut dibuat secara berleluasa dan melibatkan jumlah wang yang besar dan sengaja dibuat ketika kempen PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Ahmad Said yang juga Ahli DUN Kijal memberitahu, Ketua Pemuda UMN0 negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera juga telah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah tersebut di pejabat SPRM di sini, semalam.

Malah, katanya, beliau juga sedia dipanggil untuk mengambil keterangannya terhadap dakwaan tersebut bagi membantu siasatan.

“Saya berharap aduan tersebut mendapat tindakan segera dan sewajarnya daripada pihak SPRM,” ujarnya.

Selain itu, beliau menambah, UMNO negeri juga akan membuat satu lagi laporan kepada SPRM berkaitan penjualan tanah milik kerajaan negeri di sini kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunnisa), esok.

Beliau mendakwa, tanah milik kerajaan negeri itu dipercayai dijual pada harga RM550,000 berbanding harga pasaran semasa bernilai RM29 juta.

-Utusan Online

Tags: PASrasuahSalah Guna KuasaSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd