Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk menjawab kedua-dua pertuduhan terhadapnya iaitu mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Siti Bainun, 31, dijadual memberi keterangan bela diri secara bersumpah daripada kandang saksi selama lima hari berturut-turut iaitu pada 5 hingga 9 Disember ini.

Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan terhadap Siti Bainun.

Beliau membacakan keputusan selama hampir 25 minit dalam kamar bicara yang penuh sesak dengan orang awam terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Siti Bainun kelihatan menangis sambil memeluk seorang wanita di kawasan galeri awam selepas mahkamah mengumumkan keputusan tersebut.

Ketika membacakan keputusannya, beliau berpendapat, pihak pendakwaan berjaya membuktikan keempat-empat elemen dalam setiap pertuduhan bahawa Siti Bainun mengabai dan menganiya Bella sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Hakim berkenaan berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan termasuk doktor pakar yang memeriksa dan merawat Bella bahawa kecederaan kanak-kanak itu termasuk kesan lecuran dan luka lama, bukan akibat perbuatan sendiri atau kemalangan.

Izralizam turut berpuas hati Bella seorang kanak-kanak di bawah usia 18 tahun berdasarkan laporan `bone age’ dan pemeriksaan X-Ray yang dijalankan terhadapnya.

Beliau malah menerima keterangan pendakwaan bahawa Siti Bainun selaku tertuduh mempunyai hak jagaan dan pemeliharaan terhadap Bella melalui perintah mahkamah bertarikh 24 September 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.

Pasukan pembelaan pula terdiri daripada peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd. Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.


Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd. Radzi Yatiman yang dilantik oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Siti Bainun, 31, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara Februari dan Jun 2021 di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan menutup kes pada 28 Oktober lalu selepas memanggil 22 saksi memberi keterangan.

Perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu dan antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan termasuk pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Bella turut dipanggil memberi keterangan namun keterangan kanak-kanak perempuan itu didengar secara tertutup selama dua hari.

Bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendakwaan kelima antara keterangannya menyatakan Bella pernah dipaksa makan lebih kurang 1,280 biji cili seminggu.

Ujar saksi itu, Bella juga dipaksa makan seperiuk nasi bercampur cuka, cili, kunyit, kepingan cili, kicap manis, kicap masin dan garam selain dipaksa makan lima ketul paha ayam yang sudah busuk. –

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...