Sample Page Title

LUMUT – Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada 2024 perlu disegerakan bagi memastikan pengoperasian aspek keselamatan dan pertahanan negara berjalan lancar, kata Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, perolehan itu perlu dipastikan tidak tergendala supaya pelaksanaan operasi lebih efektif memandangkan usia kapal sedia ada sudah hampir 40 tahun.

“MRSS ini sememangnya amat penting bukan sahaja kepada TLDM itu sendiri malahan di peringkat ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan juga negara.

“Aset ini penting bagi memastikan keperluan operasi logistik serta sokongan bantuan kemanusiaan dan bencana alam atau lebih dikenali sebagai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di dalam dan di luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Tali Kapal Diraja (KD) Mahawangsa sempena pelayaran ke Lubnan bagi ulang bekal Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10.

Yazid berkata, bagi memantapkan lagi pengoperasian, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat MRSS iaitu masing-masing dua di Armada Barat (Lumut) dan Armada Timur (Sabah).


Pada September 2021, Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis di Parlimen telah menggariskan beberapa perkara tentang perolehan aset-aset baharu untuk ATM, antaranya kerajaan akan melakukan perolehan sebanyak dua MRSS untuk TLDM.

Ia bagi memenuhi keperluan operasi ATM menerusi kemampuan strategic sealift (kapal kargo tentera strategik) antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, seramai 203 pegawai dan anggota ATM melaksanakan pergerakan ulang bekal MALBATT bagi menjalankan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Mereka terdiri daripada 18 pegawai, 169 anak kapal dan 16 petugas bantuan sokongan yang diketuai Kapt Mohd Amin Mat Tahir TLDM.

Penugasan itu turut melibatkan penerimaan aset tambahan iaitu enam trak tiga tan GS Cargo, dua trak satu tan ambulans serta barangan kegunaan aktiviti kerjasama awam dan tentera (CIMIC).

-Sinar Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRSS

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...