• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

[RASMI] Rafizi Menang, Pandan Kekal Milik PH

oleh Mohd Arshad
19/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
[RASMI] Rafizi Menang, Pandan Kekal Milik PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mempertahan kerusi Parlimen Pandan menerusi kemenangan calonnya, Rafizi Ramli dengan majoriti 48,296 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rafizi yang meraih 74,002 undi menewaskan pencabarnya, Muhammad Farique Zubir Albakri (Perikatan Nasional) yang mendapat 25,706 undi diikuti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Kok Wee (11,664 undi).

Sementara itu, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Tan Sri Ong Tee Keat dan Gerakan Tanah Air, Nadia Hanafiah pula sekadar mendapat 3,323 undi dan 961 undi.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Julaiha Jamaludin kira-kira pukul 11.20 malam ini.

Katanya, jumlah kertas undi ditolak ialah 606 undi manakala peratus pengundian 78.31 peratus.

Rafizi yang merupakan Timbalan Presiden PKR bagaimanapun tidak hadir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini.

Beliau difahamkan berada di Dorset Subang bersama kepemimpinan tertinggi PKR.

Kemenangan PH di kubu kuat mereka itu merupakan yang ketiga berturut-turut sejak PRU13.

Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.

Selain Rafizi, Tee Keat juga pernah menyandang kerusi Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.

-Sinar Harian

Tags: PandanPHPRU15Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU15: Kimanis Kekal Milik BN

Next Post

PRU15: [RASMI] Tengku Zafrul Gagal Di Kuala Selangor

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post
PRU15: [RASMI] Tengku Zafrul Gagal Di Kuala Selangor

PRU15: [RASMI] Tengku Zafrul Gagal Di Kuala Selangor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd